tag. --> Mirc Command

#tehtarik Website

 

 

Selamat Datang Ke #tehtarik Website           Welcome To #tehtarik Website

 

Home Page Pengenalan Guestbook Photo Album
Search Engine Mirc Command Mirc Skrip Borang Penyertaan
Free Link Favorites    


Mirc Command


Senarai Command ini telah disediakan di dalam edisi bahasa melayu buat julung-julung kalinya bertujuan untuk mempermudahkan pengguna-pengguna server Webchat serta para chaters yang masih kurang arif mengenainya serta bagi mereka yang baru dalam dunia mirc.Di harap dengan sedikit bantuan dan tunjuk ajar ini dapat membantu anda agar lebih berkayakinan semasa berchating dan jangan lupa untuk masuk ke channel #tehtarik.

NICKSERV:

Nick yang telah didaftarkan akan disimpan oleh Nickserv. Anda boleh mengakses Command Nickserv untuk konfigurasi nick anda.

REGISTER: /ns register <password anda> <email anda>
Command yang utama ini membolehkan anda mendaftar dengan Nickserv dan membolehkan akses untuk command-command yang lain.
Pilih email dengan sebaiknya kerana password akan dihantar ke email yang digunakan semasa mendaftar nick.
Contoh: /ns register 12345
tehtarik_mirc@hotmail.com

IDENTIFY : /ns identify <password anda> atau /pass <password anda>
Command ini akan memastikan anda adalah pemilik yang sah bagi nick yang didaftarkan. 
Contoh: /ns identify 12345

RECOVER : /ns recover <nick anda>  <password anda>
Command ini akan membolehkan Enforcer 'menahan'  nick anda yang berdaftar jika digunakan oleh orang lain pada masa ingin digunakan.

RELEASE : /ns release <nick anda> <password anda
Command ini adalah untuk 'melepaskan' nick ini dari Enforcer dan membolehkan anda menggunakan nick tersebut.

GHOST : /ns ghost <nick anda> <password anda>
Command ini akan menyebabkan nick anda di'disconnect'kan dari server untuk anda menggunakannnya.
abc  (esirdur@freakout.org=) Quit (KIll by Nickserv (Ghost command used by defg))

DROP : /ns drop <nick anda>
Command ini akan menyebabkan nick anda di'drop'kan dari senarai daftar dan membolehkan orang lain menggunakannya. (Sentiasa pastikan anda tidak memberi password nick kepada orang lain!)
Anda perlu  men'identify' nick anda sebelum menggunakan Command 'drop'. 
Jika nick yang anda telah 'drop' itu adalah founder bagi sebarang channel, secara automatiknya channel itu akan 'drop'. (Pastikan anda mengambil tindakan yang betul!)
 

INFO : /ns info <nick>
Command ini membolehkan anda mendapatkan maklumat mengenai tarikh nick didaftarkan, masa pada kali terakhir 'online', dan berbagai maklumat mengenai pemegang nick tersebut bergantung pada info yang diberi olehnya.

ACC : /ns acc <nick>
Command ini membolehkan anda mendapat maklumat berkenaan dengan status pengguna nick tersebut. Di bawah disertakan status² nick tersebut :
User is not online, the nickname is not register
acc 0 (no access / tiada akses)
acc 1 (matches the access list / sama didalam senarai akses)
acc 2 (identified / pemilik nick yang sah)

ACCESS : /ns access list
Command ini akan menyenaraikan 'access' list pada nick anda.                           
Apabila pertama kali mendaftarkan nick anda, ( user@host mask ) yang digunakan oleh nick anda akan ditambah kedalam senarai 'access' secara automatik. (termasuk ip bnc) 
Command ini membolehkan anda menambah, mengurang atau membuang senarai 'access' pada nick anda : /ns access add (host@mask) , /ns access del (host@mask) dan /ns access wipe (host@mask)

                                                                                                                                                                                             WATCH : /ns watch add/del/list <nick|channel>
Command ini membolehkan anda menguruskan senarai nick dalam perhatian anda. Command ini adalah serupa dengan command notify.
Contoh : /ns watch add tehtarik

BUDDY : /ns buddy add/del/list <nick|channel>
Command ini membolehkan anda menguruskan senarai nick 'buddy' anda. Command ini juga sama dengan command notify.
Contoh : /ns buddy add tehtarik

LISTCHANS : /ns listchans <nick anda>
Command ini memberikan senarai channel yangmana anda mempunyai akses didalamya.
Anda hanya dibolehkan melihat senarai akses untuk nick anda sahaja. (Command ini sah setelah nick anda di'identify'kan)


AUTH : /ns AUTH <command> <nick|host>
Command ini digunakan untuk membenarkan orang lain memasukkan nick anda pada senarai buddy atau watch mereka.
LIST  Membolehkan anda melihat senarai pengguna yg ingin menambah anda.
VIEW  Membolehkan anda melihat senarai mesej AUTH 'request'. 
READ  Sama anda membaca senarai mesej AUTH 'request'.
APPROVE Memberi kebenaran untuk buddy atau watch list.
ACCEPT  Sama seperti di atas.
DECLINE  Menolak permintaan untuk buddy atau watch list.
REJECT  Sama seperti di atas.

UNTUK COMMAND DI BAWAH INI, ANDA PERLU MENAMBAHKAN 'SET' SAHAJA.           (/ns set <value>)


AUTHORIZE : /ns set authorize buddy <on/off>
Command ini akan menyebabkan kebenaran anda diperlukan terlebih dahulu sebelum seseorang itu memasukkan nick anda didalam senarai 'buddy' mereka. 
Jika anda mematikan 'authorization', nick anda akan dimasukkan kedalam senarai 'buddy' sesiapa sahaja.
Sekiranya anda tidak mengisi option on dan off itu, mesej mengenai status authorization anda akan di paparkan. Contoh: /ns set authorize.
Contoh mesej server : -NickServ- Authorization is always required to be added to a buddy list 

PASSWD : /ns set passwd <password baru>
Command ini membolehkan anda sebagai pemegang nick untuk menukar password anda. (Sentiasa menggunakan password yang sukar ditentukan oleh orang lain!)

URL : /ns set url <alamat url>
Command ini membolehkan alamat url diletakkan pada maklumat nick anda (info). Orang lain akan dapat melihat maklumat ini apabila melakukan command /ns info pada nick anda. 

NOMEMO : /ns set nomemo <on/off>
Command ini membolehkan anda memilih sama ada untuk menerima memo atau tidak dari orang lain. P/s : Anda dicadangkan supaya tidak meng"On"kan command ini. Memo adalah cara yang paling senang untuk berinteraksi dalam dunia chatting.


NOOP : /ns set noop <on/off>
Command ini akan menyebabkan kebenaran anda diperlukan sebelum nick anda dimasukkan dalam senarai akses sesebuah channel. (Sop, Aop, Vop)

EMAIL : /ns set email <email baru>
Command ini membolehkan anda mengubah email pada nick anda.

SHOWEMAIL : /ns set showemail <on/off>
Command ini membolehkan anda memilih sama ada ingin memaparkan email anda kepada orang lain atau
tidak.  

PROTECT : /ns set protect <on/off>
Command ini akan memastikan nick anda tidak digunakan oleh orang lain yang tidak mengetahui password nick anda. Jika gagal di'identify' dalam masa yang ditetapkan, nick ini akan ditukarkan kepada Guest****.
Contoh mesej dari server: -Nickserv- This nickname is owned by someone else. Please choose another. If this is your nickname, please use /Nickserv IDENTIFY <password>. You have 60 seconds to comply before your nick is changed.  

SECURE : /ns set secure <on/off>
Jika di'off'kan, senarai akses bagi nick anda akan diabaikan oleh Nickserv.
Command 'protect' tidak akan digunakan oleh Nickserv jika anda menggunakan command ini bersama command 'ghost'.

MRECEIPTS : /ns set mreceipts <on/off>
Command ini akan memberikan anda pilihan sama ada ingin mendapat maklumbalas dari memo yang anda hantar atau tidak.


MFORWARD : /ns set mforward <on/off> <nick>
Command ini membolehkan anda menghantar memo yang telah anda terima kepada nick lain yang telah anda tentukan.

FIELD : /ns set field <value> 
Command ini memberi kebebasan kepada anda untuk memasukkan maklumat diri bagi panduan orang lain yang melakukan command /ns info pada nick anda. Diantara maklumat yang boleh dimasukkan adalah age, interest, job dan comment.
Sebagai contoh : /ns set field age 20 , /ns set field interest sleep , /ns set field job Computer programmer
Jika anda ingin menukar atau memadamkan field bagi 'value' yang anda pilih, gunakan command yang sama tanpa perlu menaip semula command yang sebelumnya.
Sebagai contoh, bagi mengubah 'value' age anda, terus gunakan command yang sama dan masukkan age yang baru. Contoh : /ns set field age 25 
Untuk memadamkan 'value' age yang telah dimasukkan, hanya gunakan command (/ns set field age) sahaja.Command ini adalah sama bagi semua 'value' field yang lain.

 CHANSERV :


Chanserv adalah servis yang digunakan untuk segala command berkaitan dengan channel.  

INFO : /cs info <nama #channel>
Command ini membolehkan maklumat mengenai sesebuah channel itu didapati seperti founder, tarikh didaftarkan, description, topik channel, dan mode yang disetkan pada channel tersebut.
Command ini boleh diakses oleh kesemua pengguna tidak kira sama ada nicknya di'register'kan atau tidak.

SOP : /cs sop <#channel> add/del <nick>
Command ini hanya boleh diakses oleh founder channel. Sop adalah akses yang kedua berkuasa selepas founder didalam sesuatu channel. Sop boleh ditambah oleh founder menggunakan budibicaranya sehingga maksimum 250 nick. Sop boleh menambah atau membuang Aop disamping mempunyai akses untuk menghantar dan menerima memo pada channel.Command lain yang boleh diakses adalah mass kick, auto kick dan memanipulasi senarai ban channel.  
Contoh : /cs sop #freakout add gaban5 , /cs sop #freakout del gaban7

AOP : /cs aop <#channel> add/del <nick>
Aop adalah akses yang ketiga berkuasa selepas Sop. Aop mempunyai tanda @, sama seperti Sop dan boleh mengakses untuk menghantar dan menerima memo pada channel. Aop juga boleh memanipulasi senarai ban channel dan menambahkan senarai vop channel. Had bagi aop adalah 250 nick dalam satu channel.
Contoh : /cs aop #freakout add gaban5 , /cs aop #freakout del gaban7


VOP : /cs vop <#channel> add/del <nick>
Vop tidak mempunyai kuasa seperti sop/aop tetapi masih lagi boleh mengakses memo bagi channel dan menyampaikan mesej pada channel semasa channel disetkan +m (moderated).Vop mempunyai tanda + pada nick mereka. Vop boleh ditambah sehingga 250 nick bagi sebuah channel.
Contoh : /cs vop #freakout add gaban5 , /cs vop #freakout del gaban7

UOP : /cs uop <#channel> add/del <nick>
Uop adalah senarai pengguna bagi sesebuah channel yang boleh mengakses memo channel tetapi tidak boleh memanipulasikannya. Senarai op di channel dapat diakses disamping boleh memasuki channel yang diset +i (invite).
  

REGISTER : /cs register <#channel> <password> <desc>
Command ini membolehkan anda men'register' channel atas nick anda. (Nick anda mestilah telah diregister dengan NIckserv sebelum boleh menggunakan command ini.)
Desc atau description untuk menunjukkan channel anda ditubuhkan untuk apa seperti contoh : (/cs register #freakout 12345 The place for freakz crew) . Anda boleh meletakkan apa saja yang anda mahu. 

IDENTIFY : /cs identify <#channel> <password>
Command ini digunakan untuk men'identify' channel untuk mendapatkan akses founder yang mutlak. (Bukan nick founder sahaja yang boleh men'identify' channel, semua yang mwngetahui password sesebuah channel boleh menggunakan command ini!)
Contoh : /cs identify #freakout 12345 
Jika password adalah betul, Contoh Mesej server : -Chanserv- Password accepted, you now have full founder access.   

DROP : /cs drop <#channel>
Command ini digunakan jika anda sebagai founder ingin meng'drop'kan daftar channel ini dari Chanserv. (Perhatian! : Senarai Sop, Aop, Vop dan Uop akan terhapus serta-merta, anda juga tidak akan mempunyai kuasa ke atas channel tersebut!)
Untuk menggunakan command ini, founder mesti men'identify' channel beserta nick founder.

OP : /cs op <#channel> <nick> 
Command ini untuk menaikkan nick menjadi op (mempunyai tanda @).
Command ini tidak boleh digunakan jika secured op (op guard) diaktifkan dan hanya nick yang mempunyai akses sahaja boleh menggunakan command ini. 

DEOP : /cs deop <#channel> <nick>
Command ini digunakan untuk menurunkan status op pada sesebuah nick menjadi user biasa didalam sesebuah channel. 
Command ini boleh digunakan untuk semua yang mempunyai tanda @ didalam sesebuah channel.

VOICE : /cs voice <#channel> <nick>
Command ini digunakan untuk memberikan tanda + (voice) pada user didalam sesebuah channel. (Nick yang mempunyai 'voice' boleh menghantar mesej pada channel yang diset +m (moderated).

DEVOICE : /cs devoice <#channel> <nick>
Command ini adalah untuk menuraunkan akses 'voice' kepada user biasa dalam sesebuah channel.

INVITE : /cs invite <#channel>
Command ini digunakan jika sesebuah channel disetkan dengan mode +i (invite). Nick yang ingin memasuki channel ini perlu menggunakan command ini. (Hanya nick yang mempunyai akses sahaja dibenarkan untuk menggunakan command ini!)
Command ini juga boleh digunakan jika  sesebuah channel itu tidak diset +i. Sebagai nick yang mempunyai akses didalam sesebuah channel, anda boleh meng'invite' sesiapa sahaja kedalam channel ini. (Mass invite tidak lagi dibenarkan didalam server Webchat). Contoh command bagi kes ini : (/cs invite #freakout gaban7) . Dalam kes ini, gaban7 sebagai nick yang ingin di'invite' ke dalam channel. 

MDEOP : /cs mdeop <#channel>
Comand ini digunakan untuk menurunkan status @ pada semua user didalam sesebuah channel. 
Founder channel tidak akan di'deop' jika command ini digunakan.

MKICK : /cs mkick <#channel>
Command ini digunakan kebiasaannya apabila 'takeover' berlaku dalam sesebuah channel. Command ini akan menyebabkan kesemua user didalam channel di'kick' dan di'ban' oleh Chanserv. Mode channel juga akan ditambah kepada +i (invite). Hanya nick yang mempunyai akses sahaja akan dapat masuk ke channel ini menggunakan command unban.

UNBAN : /cs unban <#channel> <me/all>
Command ini digunakan untuk membuang 'ban list' didalam sesebuah channel. Command 'me' hanya boleh digunakan oleh akses aop dan keatasnya. Ban yang dikenakan keatas nick tersebut akan dibuang oleh Chanserv.
Command 'all' hanya boleh digunakan oleh akses sop dan founder channel. Command ini akan membuang kesemua senarai ban channel.

COUNT : /cs count <#channel>
Command ini membolehkan senarai sop, aop, vop, uop dan akick diakses didalam sesebuah channel. Hanya nick yang mempunyai akses sahaj boleh menggunakan command ini.
Contoh : /cs count #freakout

WHY : /cs why <#channel> <nick>
Command ini akan membolehkan anda mengetahui kenapa sesebuah nick itu mendapat op atau voice didalam sesebuah channel.
Contoh : /cs why #freakout [V]ersfied
Contoh Mesej server : -Chanserv- [V]ersfied had super op access because they have already identified with Chanserv for nick gaban5 which in the super op list of channel #freakout 

ACC : /cs acc #channel <nick>
Command ini akan memberikan anda maklumat akan aksesnya didalam sesebuah channel. Contoh : /cs acc #freakout gaban5
Boleh digunakan oleh semua sama ada mempunyai akses atau tidak didalam sesebuah channel.

ACCESS : /cs access <#channel> <nick>
Command ini adalah sama dengan command ACC.

UNTUK COMMAND DIBAWAH INI, HANYA PERLU MENAMBAHKAN 'SET' SAHAJA.         (/cs set <value>)

AUTOVOICE : /cs set <#channel> autovop <on/off>
Command ini digunakan untuk setkan mode autovoice pada channel.
Command ini akan menyebabkan semua user yang masuk kedalam sesebuah channel mendapat + (voice) dan boleh menghantar mesej pada channel yang diset +m (moderated). Op didalams sesebuah channel boleh menurunkan status voice ini dan mesej ke channel tidak dapat dihantar. (sesuai untuk mengawal tindakan user didalam channel)                     
Contoh mesej server : -Chanserv- Automatic voice on join for #freakout had been enabled 

IDENT : /cs set <#channel> ident <on/off>
Command ini akan menyebabkan Chanserv memastikan setiap nick yang mempunyai akses didalam sesebuah channel untuk men'identify' nick mereka dahulu sebelum mendapat op didalam sesebuah channel.

OPGUARD : /cs set <#channel> opguard <on/off>
Command ini memastikan hanya nick yang mempunyai akses didalam sesebuah channel mendapat @ (op). Sop/aop yang melakukan command op pada sesebuah nick akan mendapati Chanserv menurunkan semula op yang diberikan oleh mereka.   
Contoh : ***gaban5 set mode +o [V]ersfied
             ***Chanserv set mode -o [V]ersfied

TOPICLOCK : /cs set <#channel> topiclock <on/off> <founder/sop/aop>
Command ini hanya boleh digunakan oleh founder sesebuah channel. Founder boleh menge'set'kan peringkat untuk mengakses topik channel sama ada dirinya sahaja, Sop atau Aop dan keatas.
Contoh : /cs set #freakout topiclock on sop (akses Sop diperlukan untuk mengubah topik channel)

KEEPTOPIC : /cs set <#channel> keeptopic <on/off>
Command ini membolehkan Chanserv menyimpan topik yang disetkan pada channel.
Contoh : ***Chanserv change topic to "Welcome to channel freakout"[gaban5]

RESTRICT : /cs set <#channel> restrict <on/off>
Command ini akan menyebabkan nick yang mempunyai akses di channel sahaja dibenarkan masuk kedalam channel tersebut (+R) 
Nick yang tidak mempunyai akses akan ditendang keluar oleh Chanserv dan diban.
Contoh mesej Chanserv : ***You had been kicked from #freakout by Chanserv    (Sorry, restricted access!)

FOUNDER : /cs set <#channel> founder  
Command ini digunakan jika anda ingin menukarkan founder channel kepada nick lain. Nick tersebut haruslah men'identify' password channel sebelum melakukan command ini.         

MEMOLEVEL : /cs set <#channel> memolevel <uop/vop/aop/sop/founder>
Command ini hanya boleh disetkan oleh founder sesebuah channel. Ianya bagi memastikan peringkat untuk mengakses memo channel.

URL : /cs set <#channel> url <alamat url>
Command ini adalah untuk menge'set'kan alamat url bagi sesebuah channel. Founder boleh meletakkan url yang mereka inginkan dan akan dapat dilihat oleh user lain apabila melakukan command /cs info <#channel>

DESC : /cs set <#channel> DESC <description channel>
Command ini digunakan bagi menge'set'kan tajuk bagi channel anda ataupun tujuan channel anda ditubuhkan. User lain akan dapat melihat set ini apabila melakukan command /cs info <#channel>

EMAIL : /cs set <#channel> email <email channel>
Command ini adalah bagi meletakkan email channel anda pada info channel. User lain akan dapat melihat set ini apabila melakukan /cs info <#channel>

PASSWD : /cs set <#channel> passwd <password baru>
Command ini digunakan bagi mengubah password channel. Command ini hanya boleh dilakukan jika anda telah men'identify' password channel tersebut.

MLOCK : /cs set <#channel> mlock <+|-modes>
Command ini digunakan untuk mengunci mode channel dimana anda sebagai founder. MLOCK Modes "k" and "l" hanya boleh digunakan jika ada 'value' yang diset kan oleh op. Contoh: /mode <#channel> +k <key channel> atau  /mode channel +l 5 . 
Contoh : /cs set #freakout mlock +tn-klpi (simbol mode akan dijelaskan nanti)


CHANNEL MODE :

Untuk User biasa :

b : mode ban (ban sesebuah nick atau ip, host@domain)
  i  : mode invite (hanya nick yang mempunyai akses atau diinvite oleh user didalam sesebuah channel boleh masuk ke dalam channel tersebut.)
k : mode keyed (hanya user yang mempunyai key pass channel tersebut boleh masuk kedalam channel yang disetkan mode ini.)
l : mode limit ( user tidak akan dibenarkan masuk kesesebuah channel jika jumlah user telah mencapai had (limit) yang ditetapkan.)
m : mode moderated (mode ini akan menyebabkan hanya op(@) dan voice(+) boleh menghantar mesej pada channel.)
n : mode no external messages ( user diluar channel tidak boleh menghantar mesej pada channel)
o : mode channel operator (mode yang melibatkan op(@) didalam sesebuah channel)
p : mode private (user diluar channel tidak akan mengetahui kewujudan channel yang disetkan mode ini dengan menggunakan command /whois atau /list)
s : mode secret (mode ini akan merahsiakan kewujudan channel ini pada user diluar channel)
r : mode registered (mode ini menunjukkan bahawa sesebuah channel itu telah di'register'kan)
t : mode topic (mode ini bermaksud hanya op boleh menukar topik didalam sesebuah channel.)
v : mode voice (mode yang melibatkan voice(+) didalam sesebuah channel)
j : mode java (Pengguna java tidak memerlukan 'key' untuk masuk kesesebuah channel yang disetkan +k)
e : (ctcp tidak akan dibenarkan jika anda bukan op atau voice didalam sesebuah channel yang disetkan mode ini)
c : mode color  (mesej berwarna-warni tidak dibenarkan dihantar pada channel jika anda bukan op atau voice didalam channel tersebut)
u : mode user op (mode yang berkaitan dengan uop didalam sesebuah channel)
O : (Jika anda menge'set'kan mode +l dan mode ini, user yang tidak dapat masuk ke channel yang disetkan mode ini akan dihantar ke satu channel lain. contoh : /mode <#channel> +Ol <had user> <#channel yang ingin dihantar>
R : mode restricted (mode ini akan menyebabkan hanya user yang mempunyai akses didalam sesebuah channel boleh masuk kedalam channel tersebut)
d : mode nick (user didalam sesebuah channel tidak boleh menukar nick mereka)

Untuk IRCop dan keatas :

M
: mode moderated message  (Mesej yang dihantar pada sesebuah channel yang disetkan +m akan dihantar ke sebuah +N channel yang lain. Command : /mode <#channel> +M <#channel terima mesej>  
N : (mode ini menunjukkan channel tersebut menerima mesej daripada channel yang lain.) 

 

USER MODE :

Untuk User biasa :

p
: mode CTCP  (User lain tidak akan dapat menghantar CTCP jika disetkan +p) 
e : mode DCC (Semua DCC tidak akan dibenarkan masuk kepada anda jika disetkan +e)
m : mode moderated (Tidak akan menerima mesej private daripada user yang lain.)
i : mode invisible (User ini tidak akan dapat dikesan jika anda melakukan command /names <#channel> yang mana anda tidak berada didalam channel tersebut.)
s : mode server messages (Mode ini menunjukkan user tersebut akan menerima mesej dari server)
n : mode news flash (mesej berita daripada server akan dapat diterima,  www.webmaster.com)
w : mode wallop (mesej yang dihantar oleh IRCop dalam wallop akan dapat dilihat)
j : mode java (menunjukkan pengguna java)
x : mode ip (mode ini akan merahsiakan ip sebenar sesebuah nick.-trimmed)
r : (User sedang menggunakan nick yang sama dengan mask nick tersebut)
R : mode registered (User telah men'identify' nick mereka kepada nickserv) 
L : (Mesej *** have sensitive ears akan dapat dilihat apabila melakukan command /whois pada mana-mana nick)
E : Prefer to speak in English
F : Prefer to speak in French
G : Prefer to speak in German
S : Prefer to speak in Spanish
M : Prefer to speak in Malaysian
T : Prefer to speak in Thai 

Untuk IRCop dan keatas : 

c : mode client (untuk melihat user yang keluar masuk daripada server) 
g : mode globop (untuk melihat notis didalam global op)
a : mode Services Admin (untuk memberikan status Services Administrator. Status ini dapat dilihat apabila melakukan /whois pada nick Services Admin.)
h : mode helpop (Boleh melihat mesej didalam /helpops)
t : mode report (Boleh melihat command yang dibuat oleh user didalam server yang sama seperti /stats , /admins)
k : mode kill (Boleh melihat semua mesej kill yang berlaku didalam server.)
y : mode whois (Akan dapat melihat user yang melakukan /whois pada nick anda.)
b : mode chat op 
f : mode flood (akan dapat melihat notis flood oleh server.)
o : mode operator (status IRCop)
z : mode bot (Untuk Services agent, dalam bot mode sahaja. Tidak boleh ditendang keluar daripada channel)
A : mode Server Admin 
x
: mode ip (Akan dapat melihat ip yang sebenar apabila melakukan /whois)

 

MEMOSERV :

Memoserv digunakan untuk menghantar dan menerima memo daripada satu nick kepada nick yang lain. 

SEND : /ms send <nick> <mesej>
Command ini digunakan untuk menghantar memo kepada user yang lain. 
Contoh : /ms send gaban5 Jumpa saya pukul 2 di #freakout

SENDTO : /ms sendto <#channel> <vop/aop/sop> <mesej>
Command ini digunakkan untuk menghantar memo kepada nick yang mempunyai akses didalam sesebuah channel.
Contoh : /ms sendto #freakout aop sila join channel ini!
/ms sendto #freakout vop <mesej> (akan dihantar kepada semua vop)
/ms sendto #freakout vop,sop <mesej> (akan dihantar kepada semua vop dan sop sahaja )

LIST : /ms list 
Command ini akan menyenaraikan semua memo yang terdapat didalam peti simpanan.

READ : /ms read <nombor mesej>
Command ini digunakan untuk membaca mesej didalam peti simpanan. 
Contoh : /ms read 1 , /ms read 10 (bergantung kepada jumlah memo)

DELETE : /ms del
Command ini digunakan untuk membuang memo didalam peti simpanan.
Command ini boleh digunakan dalam beberapa bentuk, Contoh: /ms del <nombor mesej> , /ms del all.
Contoh bentuk lain : /ms del dari <satu nombor>:<ke nombor yang lain> . Contoh command : /ms del 1:5 (akan membuang memo dari 1 hingga 5)
Perhatian! : Memo yang anda buang dari peti simpanan akan dihantar ke 'recycle bin'.

EXPUNGE : /ms expunge
Command ini akan menyebabkan semua mesej didalam 'recycle bin' dihapuskan. 

CLOSE : /ms close
Command ini digunakan untuk menutup folder dan memoserv akan menanyakan satu folder yang lain.

STAT : /ms stat
Command ini akan menunjukkan kesemua folder yang ada.

CREATE : /ms create <nama folder baru>
Command ini digunakan untuk membuat satu folder yang baru.
Contoh : /ms create inbox3

UNDEL : /ms undel <nombor mesej> 
Command ini digunakan untuk 'restore' semula mesej yang dihantar ke 'recycle bin' 
Contoh : /ms undel 3 (mesej nombor 3 akan di'restore' semula ke dalam folder memo)

SELECT : /ms select <nama folder>
Command ini digunakan untuk memilih folder memo.
Contoh : /ms select INBOX2 (jika anda sedang guna folder INBOX , command ini akan menyebabkan folder INBOX2 dipilih)

MOVE : /ms move <nombor mesej> <nama folder>
Command ini digunakan untuk menghantar satu memo ke folder yang lain.
Contoh. /ms move 2 INBOX2

IGNORE : /ms ignore <add/del/list/wipe> <nick>
Command ini digunakan dalam menguruskan list 'ignore' peti simpanan anda.
Anda boleh men'ignore' sesebuah nick daripada menghantar mesej kepada anda. Nick yang di'ignore' hendaklah berdaftar dengan Nickserv. Memoserv akan memberitahunya bahawa dia berada didalam senarai 'ignore' anda jika cuba menghantar mesej kepada anda.
Contoh : /ms ignore add gaban5 (masukkan nick dalam senarai ignore memoserv )
Contoh : /ms ignore del gaban5 (keluarkan nick daripada senarai ignore memoserv )
Contoh : /ms ignore list (akan menunjukkan senarai 'ignore' anda)
 

 

          Di harap dengan adanya senarai mirc command ini akan memudahkan chaters-chaters dalam perbualan mereka terutamanya bagi para chaters yang menyertai #tehtarik.Silalah melawat halaman ini dari masa ke semasa untuk mengetahui command-command mirc yang terkini.

 

 

 

Bagi sesiapa yang ingin berkongsi mirc command dengan kami boleh menghantarnya 

kepada kami di:

 

              tehtarik_mirc@hotmail.com     Sila nyatakan nama dan nick anda 

 

Semoga dengan command yang di berikan dapat memudahkan lagi bagi mereka yang kurang arif mengenainya.

           

 

 

 

Di sediakan oleh #tehtarik krew        

Copyright © 2002 

 

Hit Counter   



Jangan lupa untuk berchating di channel #tehtarik

      Don't forget to join #tehtarik channel